Seperti di ketahui umum Ketua Menteri kita Yang Berbohong Guan Eng sekali lagi menyerlahkan sikap pembohong beliau apabila isu tanah 40 hektar di Kampung Genting, Balik Pulau dipersoalkan oleh pemilik-pemilik tanah. Guan eng dah cekap mencuri pulak sekarang kalau dulu hanya tahu berbohong sekarang ni dia dah up gred Taniah Guan Eng...
Syabas kepada CM kita Lim Guan Eng yang berasal dari Melaka yang berjaya memperbodohkan rakyat Pulau Pinang....
BALIK PULAU, 18 Okt – Pemuda UMNO Pulau Pinang sekali lagi membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung Genting yang digazetkan tanpa pengetahuan pemilik tanah.
Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata perkara berkenaan yang terdedah setelah jurunilai membuat kerja-kerja mereka di kampung berkenaan sekaligus menyerlahkan pembohongan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu tersebut.
Menurut beliau, warta kerajaan untuk pengambilan tanah tersebut yang digazetkan atas tujuan awam dan institusi pendidikan menimbulkan keraguan kerana ianya tidak dimaklumkan secara rasmi kepada pemilik-pemilik tanah di kampung terbabit.
“Kita percaya kerajaan negeri ada agenda tersembunyi dalam soal ini dan kita tidak mahu memanipulasinya. Kita desak Lim Guan Eng memberikan penjelasan sebenar dan penduduk berhak tahu dan bukannya diperbodohkan sedemikian rupa.
“Kami mempunyai bukti tentang perkara itu dan Lim Guan Eng tidak boleh berselindung lagi. Di manakah prinsip Cekap, Telus, Akauntabiliti (CAT) yang diagung-agungkan oleh kerajaan negeri. Ini bukannya CAT tetapi penipu dan zalim kepada rakyat,” katanya.
Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah IPT dan tujuan awam.
Pewartaan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu.
Aziaan yang juga Ketua Pemuda Balik Pulau seterusynya berkata pergerakan itu akan membawa perkenaan ke perhimpunan Agung Pemuda UMNO untuk dibahaskan.
“Saya sudah mendapat lampu hijau daripada pimpinan negeri untuk mengenengahkan kezaliman ini pada perhimpunan Agung Pemuda UMNO. Insyaalah, saya yang menjadi jurucakap Pemuda Pulau Pinang akan membangkitkan isu berkenaan untuk dikupas dan mencari inisiatif membantu penduduk berkenaan,” ujarnya.
Tegas beliau lagi, Pemuda Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan akan memastikan penduduk di kawasan tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Kita akan pastikan hak penduduk terbela dan akan terus mendedahkan kezaliman kerajaan negeri yang menindas rakyat secara tersembunyi,”katanya - seterusnya
No comments:
Post a Comment