Powered By Blogger

Sunday, October 10, 2010

ANWAR AKAN DiPENJARA LAGI

 PKR tenggelam punca akibat laporan polis oleh Rahimi Osman, bekas pegawai khas AnWAR yang menyatakan beliau dipaksa menantangani dua akuan bersumpah dengan pengawasan peguam Saiful Izham dan Latheefa Koya. Tindakan mereka yang berselerak menyerlahkan betapa mereka tidak pernah jujur terhadap perjuangan mereka sendiri.

Masing-masing cuba bertindak 'hero' bagi memenangi hati AnWAR atau cuba mencari undi pada pemilihan tertinggi PKR nanti. Syed Husin Ali menafikan tindakan samseng menghalang sidang media Rahimi berpunca dari PKR, sedangkan terang-terang mereka yang membuat kecoh itu dikenali dari zaman reformasi 1998 lagi bersama AnWAR dan PKR.

Salah seorang dikenali sebagai Pushpa, cukup sinonim dengan demo jalanan anjuran PKR. Sebutlah dimana saja demo memprotes kerajaan, maka akan kelihatanlah wajah Pushpa ini. Kini beliau dilantik oleh Khalid Ibrahim sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. Wajarkah seorang perusuh jalanan dan samseng dilantik sebagai ahli MAjlis?

Saifuddin Nasution juga tidak habis-habis ditugaskan mencuci najis yang ditinggalkan AnWAR-Azmin. Sejurus laporan polis Rahimi dibuat, sumber dalaman memberitahu Saifuddin diarah AnWAR untuk mencari bapa Rahimi. Misinya adalah memujuk bapa Rahimi supaya menyerang kredibiliti anaknya!

Pastinya ada habuan untuk bapa Rahimi berbuat begitu. Sehingga kini bapa Rahimi tidak termakan pujukan itu. Apakah ini bukan rasuah pada pandangan mereka? Ataupun AnWAR cukup terdesak hingga tidak memikir halal-haram asal saja kredibiliti Rahimi hancur. Apakah Saifuddin juga terdesak mahukan sesuatu dari AnWAR hingga sanggup berbuat begitu!

Pastinya susah menjadi setiausaha agung PKR kini. Segala-galanya terpaksa dilakukan hatta mencuci najis tinggalan AnWAR-Azmin sekalipun. Calon-calon lain juga terkehadapan menyerang Rahimi untuk memenangi hati AnWAR sekaligus dipilih Azmin bagi menaiki 'kapal' yang sama semasa pemilihan nanti.

Jika Saifuddin tidak puashati dengan artikel ini, maka ambillah tindakan sewajarnya. x-pkr punya asas kukuh menamakan beliau dalam insiden ini. Sementara itu juga kita menuntut agar Pushpa digugurkan keanggotaanya sebagai ahli Majlis Bandaraya Shah Alam atas perangai samseng beliau. Syed Husin jangan cakap saja, bertindaklah sewajarnya......

Sama-sama kita tunggu apakah Syed Husin semakin dijangkiti penyakit 'denial syndrome' yang telah lama melanda AnWAR. Apakah Syed Husin juga sudah jadi seperti Saifuddin yang hanya cakap tak serupa bikin! Kita nantikan tindakan seterusnya dari PKR........

No comments:

Post a Comment