Powered By Blogger

Thursday, October 14, 2010

PAS PENAKUT

Inilah jenis keadilan Islam dalam Pakatan Rakyat.. Tiada seorang pun pemimpin PAS yang berusaha mendapatkan penjelasan daripada mana sumber wang ehsan tersebut... Semuanya semata-mata kerana DAP rakan gabungan mereka untuk menumbangkan UMNO. DAP kata jangan laksanakan sistem berkerajaan cara Islam, PAS patuh. DAP kata Malaysia tidak akan jadi negara Islam pun PAS setuju. Malang sungguh...

Pendedahan wang haram ini bermula daripada cerita di blog, kemudian dipampang di dada akhbar utama, kemudian tersebarlah ke seluruh negara malah ke pejabat Guan Eng sendiri. Apa tindakan dia selaku orang yang tidak bersalah? Tidak cukup dengan itu, satu kumpulan datang buat demo tunggu Guan Eng keluar daripada Airport... terkejut dia, tergesa-gesa pula Guan Eng masuk kereta kalau boleh teleport saja ke rumah detik itu juga.. Bukankah nampak sangat macam orang yang dah buat salah?


Warga tua yang terlibat dalam gambar kat atas tidak boleh dipersalahkan. Mereka pun seperti rakyat Pulau Pinang yang lain, diperdayakan DAP. Kalau perhatikan gambar tu pun tak sampai 20 orang sahaja.. Bagi meramaikan suasana, Ng Wei Aik dan koncu-koncunya terpaksalah ikut bergambar. Lalu terhasillah cerita secara besar-besaran di blog-blog dan media PR kononnya warga Pulau Pinang menyokong penuh kepimpinan Guan Eng berlidah biawak itu.

Orang dah bagi amaran, sudah dedahkan dari mana sumber wang ehsan itu. Maka lepaslah tanggungjawab UMNO sebagai orang Islam yang tahu perkara sebenar. Kalau penyokong PR lebih percayakan DAP kerana politik, itu terpulang. Nak makan duit tu, makanlah... Yang nak menjawab masing-masing..

No comments:

Post a Comment