Powered By Blogger

Monday, November 8, 2010

PERLAKSANAAN MACAM MANA????????

Dengan kemenangan pilihan raya kecil di Batu Sapi dan Galas menunjukkan rakyat kembali menaruh harapan kepada kepimpinnan YAB Dato' Seri Najib, dan hanya BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.  Kita dapat lihat perubahan yang ketara berlaku didalam corak pemerintahan Kerajaan BN degan pelan tranfomasi yang meyakinkan rakyat.

YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan model ‘Transformasi Baru’ secara ‘Lonjakan Berganda’. Melalui model ini kerajaan telah menukilkan Empat Tiang Utama (ETU) : Pertama, iaitu satu falsafah induk sebagai panduan yang bersifat merentas dasar serta pelaksanaan iaitu Gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kedua, iaitu satu prakarsa teras peranan kerajaan iaitu Program Transformasi Kerajaan. Ketiga, iaitu Model Baru Ekonomi dan Keempat, iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah merupakan dua inisiatif ekonomi bagi memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara. Bagi menyangga ETU di atas, ianya perlu didokong pula oleh Empat Tiang Nilai Asas Pelengkap (ETNAP). Pertama, iaitu Nilai (Membudayakan) Kreativiti dan Inovasi, Kedua, iaitu Nilai (Mementingkan) Kepantasan Bertindak dan Membuat Keputusan. Ketiga, iaitu Nilai Untuk Wang dan Keempat, iaitu Nilai Integriti. ETU dan ETNAP ini merupakan model Lapan Tonggak Perdana (LTP) pentadbiran baru YAB Perdana Menteri.
Bagi pandangan saya nampak perancangan yang baik dari kepimpinan tetapi masalahnya ialah dari segi perlaksanaan, pihak GLC dan kakitangan kerajan memainkan peranan yang amat penting bagi menjayakan model Transformasi Baru. setiap Kementerian harus peka dengan pencapain Kementerian tersebut dan pelancaran perkhidmatan mereka kepada Rakyat. Kadang-kadang sebab kakitangan awam buat kerja tak betul tapi disalahkan kerajaan pulak.

Peringatan kepada Pengarah dan Pegawai Kakitangan awam kerjaan mana pun memerintah mereka tetap akan jadi Pengarah dan Pegawai, anda yang akan menentukan mutu kerajan..