Powered By Blogger

Monday, November 8, 2010

PERLAKSANAAN MACAM MANA????????

Dengan kemenangan pilihan raya kecil di Batu Sapi dan Galas menunjukkan rakyat kembali menaruh harapan kepada kepimpinnan YAB Dato' Seri Najib, dan hanya BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.  Kita dapat lihat perubahan yang ketara berlaku didalam corak pemerintahan Kerajaan BN degan pelan tranfomasi yang meyakinkan rakyat.

YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan model ‘Transformasi Baru’ secara ‘Lonjakan Berganda’. Melalui model ini kerajaan telah menukilkan Empat Tiang Utama (ETU) : Pertama, iaitu satu falsafah induk sebagai panduan yang bersifat merentas dasar serta pelaksanaan iaitu Gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kedua, iaitu satu prakarsa teras peranan kerajaan iaitu Program Transformasi Kerajaan. Ketiga, iaitu Model Baru Ekonomi dan Keempat, iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah merupakan dua inisiatif ekonomi bagi memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara. Bagi menyangga ETU di atas, ianya perlu didokong pula oleh Empat Tiang Nilai Asas Pelengkap (ETNAP). Pertama, iaitu Nilai (Membudayakan) Kreativiti dan Inovasi, Kedua, iaitu Nilai (Mementingkan) Kepantasan Bertindak dan Membuat Keputusan. Ketiga, iaitu Nilai Untuk Wang dan Keempat, iaitu Nilai Integriti. ETU dan ETNAP ini merupakan model Lapan Tonggak Perdana (LTP) pentadbiran baru YAB Perdana Menteri.
Bagi pandangan saya nampak perancangan yang baik dari kepimpinan tetapi masalahnya ialah dari segi perlaksanaan, pihak GLC dan kakitangan kerajan memainkan peranan yang amat penting bagi menjayakan model Transformasi Baru. setiap Kementerian harus peka dengan pencapain Kementerian tersebut dan pelancaran perkhidmatan mereka kepada Rakyat. Kadang-kadang sebab kakitangan awam buat kerja tak betul tapi disalahkan kerajaan pulak.

Peringatan kepada Pengarah dan Pegawai Kakitangan awam kerjaan mana pun memerintah mereka tetap akan jadi Pengarah dan Pegawai, anda yang akan menentukan mutu kerajan..

Monday, October 18, 2010

SYABAS GUAN ENG BERJAYA TIPU ORANG PULAU PINANG


Seperti di ketahui umum Ketua Menteri kita Yang Berbohong Guan Eng sekali lagi menyerlahkan sikap pembohong beliau apabila isu tanah 40 hektar di Kampung Genting, Balik Pulau dipersoalkan oleh pemilik-pemilik tanah. Guan eng dah cekap mencuri pulak sekarang kalau dulu hanya tahu berbohong sekarang ni dia dah up gred Taniah Guan Eng...
Syabas kepada CM kita Lim Guan Eng yang berasal dari Melaka yang berjaya memperbodohkan rakyat Pulau Pinang....

BALIK PULAU, 18 Okt – Pemuda UMNO Pulau Pinang sekali lagi membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung Genting yang digazetkan tanpa pengetahuan pemilik tanah.
Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata perkara berkenaan yang terdedah setelah jurunilai membuat kerja-kerja mereka di kampung berkenaan sekaligus menyerlahkan pembohongan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu tersebut.
Menurut beliau, warta kerajaan untuk pengambilan tanah tersebut yang digazetkan atas tujuan awam dan institusi pendidikan menimbulkan keraguan kerana ianya tidak dimaklumkan secara rasmi kepada pemilik-pemilik tanah di kampung terbabit.
“Kita percaya kerajaan negeri ada agenda tersembunyi dalam soal ini dan kita tidak mahu memanipulasinya. Kita desak Lim Guan Eng memberikan penjelasan sebenar dan penduduk berhak tahu dan bukannya diperbodohkan sedemikian rupa.
“Kami mempunyai bukti tentang perkara itu dan Lim Guan Eng tidak boleh berselindung lagi. Di manakah prinsip Cekap, Telus, Akauntabiliti (CAT) yang diagung-agungkan oleh kerajaan negeri. Ini bukannya CAT tetapi penipu dan zalim kepada rakyat,” katanya.
Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah IPT dan tujuan awam.
Pewartaan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu.
Aziaan yang juga Ketua Pemuda Balik Pulau seterusynya berkata pergerakan itu akan membawa perkenaan ke perhimpunan Agung Pemuda UMNO untuk dibahaskan.



“Saya sudah mendapat lampu hijau daripada pimpinan negeri untuk mengenengahkan kezaliman ini pada perhimpunan Agung Pemuda UMNO. Insyaalah, saya yang menjadi jurucakap Pemuda Pulau Pinang akan membangkitkan isu berkenaan untuk dikupas dan mencari inisiatif membantu penduduk berkenaan,” ujarnya.
Tegas beliau lagi, Pemuda Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan akan memastikan penduduk di kawasan tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Kita akan pastikan hak penduduk terbela dan akan terus mendedahkan kezaliman kerajaan negeri yang menindas rakyat secara tersembunyi,”katanya - seterusnya

Thursday, October 14, 2010

PAS PENAKUT

Inilah jenis keadilan Islam dalam Pakatan Rakyat.. Tiada seorang pun pemimpin PAS yang berusaha mendapatkan penjelasan daripada mana sumber wang ehsan tersebut... Semuanya semata-mata kerana DAP rakan gabungan mereka untuk menumbangkan UMNO. DAP kata jangan laksanakan sistem berkerajaan cara Islam, PAS patuh. DAP kata Malaysia tidak akan jadi negara Islam pun PAS setuju. Malang sungguh...

Pendedahan wang haram ini bermula daripada cerita di blog, kemudian dipampang di dada akhbar utama, kemudian tersebarlah ke seluruh negara malah ke pejabat Guan Eng sendiri. Apa tindakan dia selaku orang yang tidak bersalah? Tidak cukup dengan itu, satu kumpulan datang buat demo tunggu Guan Eng keluar daripada Airport... terkejut dia, tergesa-gesa pula Guan Eng masuk kereta kalau boleh teleport saja ke rumah detik itu juga.. Bukankah nampak sangat macam orang yang dah buat salah?


Warga tua yang terlibat dalam gambar kat atas tidak boleh dipersalahkan. Mereka pun seperti rakyat Pulau Pinang yang lain, diperdayakan DAP. Kalau perhatikan gambar tu pun tak sampai 20 orang sahaja.. Bagi meramaikan suasana, Ng Wei Aik dan koncu-koncunya terpaksalah ikut bergambar. Lalu terhasillah cerita secara besar-besaran di blog-blog dan media PR kononnya warga Pulau Pinang menyokong penuh kepimpinan Guan Eng berlidah biawak itu.

Orang dah bagi amaran, sudah dedahkan dari mana sumber wang ehsan itu. Maka lepaslah tanggungjawab UMNO sebagai orang Islam yang tahu perkara sebenar. Kalau penyokong PR lebih percayakan DAP kerana politik, itu terpulang. Nak makan duit tu, makanlah... Yang nak menjawab masing-masing..
Guan Eng ni memang KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang. Dia ni dahlah pembohong dia jugak tak peduli dengan peniaga kecil kaum Melayu di Pulau Pinang ni.

Kesihan aku tengok peniaga-peniaga Melayu dizalimi dan perkotak-katikkan oleh Guan Eng macam depa tu sampah.

Suratkhabar Sinar Harian melaporkan agensi kerajaan Guan Eng dah buat pasal kat kawasan perniagaan Melayu di Tanjung Tokong. Depa nak usir 40 peniaga-peniaga Melayu dari tempat biasa depa.

Alasan agensi Lim Guan Eng tu :-
Amboii.....kat kawasan penjaja Melayu korang kata mengganggu lalu lintas tapi macam mana peniaga-peniaga bangsa Cina di New Lane? Boleh pulak?

“Bukan kami tidak mahu bagi lesen kepada mereka tetapi sememangnya kawasan itu bukan merangkumi kawasan penjaja yang layak mendapatkan lesen kerana mengganggu lalu lintas."

Jangan mimpi peniaga Melayu dapat keistimewaan seperti ini. Merempat la.

Kalau nak bandingkan, peniaga-peniaga di New Lane yang patut dipindahkan kerana mengganggu lalulintas jalanraya utama nak sambung Jalan McCalister dengan Jalan Datuk Keramat. Confirm sibuk dengan kenderaan.

Jalan tu pulak nak ke Hotel Sunway Georgetown. Tak ke juga menyusahkan pelancong-pelancong yang nak ke hotel tu? Kat Tanjung Tokong tu jalan kecil aja nak masuk ke dalam kampung!

Anda yang tinggal di Pulau Pinang buta ke, tak tengok ke macam mana perniaga-perniaga cina berniaga di Jalan Air Itam bersebelahan SHELL di waktun malam pada pukul 7pm keatas.... 

Tak sesibuk jalan New Lane.

Yang buat aku sakit hati, kenapa pula peniaga-peniaga di New Lane tidak dipindah? Aku bukan nak cari gaduh tapi berlaku adil la. Semuanya mesti saksama dan tak 'double standard' macam kerajaan BN negeri Pulau Pinang yang lepas. seterusnya http://novandri.blogspot.com/

Sunday, October 10, 2010

ANWAR AKAN DiPENJARA LAGI

 PKR tenggelam punca akibat laporan polis oleh Rahimi Osman, bekas pegawai khas AnWAR yang menyatakan beliau dipaksa menantangani dua akuan bersumpah dengan pengawasan peguam Saiful Izham dan Latheefa Koya. Tindakan mereka yang berselerak menyerlahkan betapa mereka tidak pernah jujur terhadap perjuangan mereka sendiri.

Masing-masing cuba bertindak 'hero' bagi memenangi hati AnWAR atau cuba mencari undi pada pemilihan tertinggi PKR nanti. Syed Husin Ali menafikan tindakan samseng menghalang sidang media Rahimi berpunca dari PKR, sedangkan terang-terang mereka yang membuat kecoh itu dikenali dari zaman reformasi 1998 lagi bersama AnWAR dan PKR.

Salah seorang dikenali sebagai Pushpa, cukup sinonim dengan demo jalanan anjuran PKR. Sebutlah dimana saja demo memprotes kerajaan, maka akan kelihatanlah wajah Pushpa ini. Kini beliau dilantik oleh Khalid Ibrahim sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. Wajarkah seorang perusuh jalanan dan samseng dilantik sebagai ahli MAjlis?

Saifuddin Nasution juga tidak habis-habis ditugaskan mencuci najis yang ditinggalkan AnWAR-Azmin. Sejurus laporan polis Rahimi dibuat, sumber dalaman memberitahu Saifuddin diarah AnWAR untuk mencari bapa Rahimi. Misinya adalah memujuk bapa Rahimi supaya menyerang kredibiliti anaknya!

Pastinya ada habuan untuk bapa Rahimi berbuat begitu. Sehingga kini bapa Rahimi tidak termakan pujukan itu. Apakah ini bukan rasuah pada pandangan mereka? Ataupun AnWAR cukup terdesak hingga tidak memikir halal-haram asal saja kredibiliti Rahimi hancur. Apakah Saifuddin juga terdesak mahukan sesuatu dari AnWAR hingga sanggup berbuat begitu!

Pastinya susah menjadi setiausaha agung PKR kini. Segala-galanya terpaksa dilakukan hatta mencuci najis tinggalan AnWAR-Azmin sekalipun. Calon-calon lain juga terkehadapan menyerang Rahimi untuk memenangi hati AnWAR sekaligus dipilih Azmin bagi menaiki 'kapal' yang sama semasa pemilihan nanti.

Jika Saifuddin tidak puashati dengan artikel ini, maka ambillah tindakan sewajarnya. x-pkr punya asas kukuh menamakan beliau dalam insiden ini. Sementara itu juga kita menuntut agar Pushpa digugurkan keanggotaanya sebagai ahli Majlis Bandaraya Shah Alam atas perangai samseng beliau. Syed Husin jangan cakap saja, bertindaklah sewajarnya......

Sama-sama kita tunggu apakah Syed Husin semakin dijangkiti penyakit 'denial syndrome' yang telah lama melanda AnWAR. Apakah Syed Husin juga sudah jadi seperti Saifuddin yang hanya cakap tak serupa bikin! Kita nantikan tindakan seterusnya dari PKR........

Nik Aziz gila pangkat........

Khawarij PAS punyai seorang pemimpin yang celaru pemikirannya,kecelaruan inilah yang menggankat beliau sebagai Mursidul Am.


Nik Aziz melihat diri beliau kononnya kedudukannya sama taraf dengan kedudukan Ayatullah Khameini di Iran dimana seorang Presiden Iran harus mendapatkan perkenan dan persetujuannya sebelum membuat apa apa keputusan .


Di Iran Ayatullah Khameini berada diatas Presiden Iran yang dicipta oleh Imam Ayatullah Ruhullah Khumaini semasa Revolusi di Iran yang telah menggulingkan Shah Iran pada tahun 1978.


Perlembagaan Iran telah ditukar untuk menetapkan kedudukan Ayatullah. Melihat didalam situasi ini memperlihatkan Nik Aziz menggunakan kuasa sebagai Mursyidul Am Pas.


Maksud perkataan Mursyidul Am didalam bahasa Arab membawa makna Penunjuk Agung parti PAS.Satu jawatan yang direka kononnya bagi mengangkat kedudukan Nik Aziz ke tahap yang lebih tinggi lagi daripada jawatan Ketua Dewan Ulamak.

seterusnya http://www.pisau.net/

AIR MINUMAN KE AIR LONGKANG


Berginikah cara kepimpinan PR  Macam-macam hal mengenai isu air di negeri-negeri dibawah pakatan pembangkang. Harga air naik lah, masalah pengurusan lah dan macam macam lagi. Di Pulau Pinang dan Kedah Kerajaan Negeri sibuk nak naikkan harga air walaupun syarikat air di negeri masing-masing untung sakan tetapi sebaliknya di Kelantan.


Negeri Kelantan dibawah pimpinan Nicky Aziz walaupun telah lama memerintah Kelantan iaitu selama 20 tahun, bekalan air bersih masih tidak dapat dibekalkan kepada rakyat negeri Kelantan. Kesian kat rakyat negeri Kelantan yang tinggal di kawasan pendalam. minum air yang tidak dirawat...agak-agaknya rakyat Kelantan yang menerima air yang dirawat dan tidak dirawat bayar bil air pada kadar yang sama???


Sila rujuk laporan akhbar dibawah


PUTRAJAYA 7 Okt. - Kelantan terus ketinggalan dalam aspek penerimaan bekalan air bersih apabila hanya 55.7 peratus daripada populasi negeri itu menerima bekalan air terawat.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, peratusan penduduk yang menerima bekalan air terawat di negeri itu jauh di belakang kadar nasional iaitu 91.6 peratus.

Menurutnya, keadaan di Sabah dan Sarawak juga lebih baik berbanding Kelantan apabila masing-masing mencatatkan 76.3 peratus dan 86.2 peratus dari segi liputan air terawat untuk penduduk.

"Liputan bekalan air terawat di Kelantan adalah 57.7 peratus di kawasan bandar dan 54.7 peratus di kawasan luar bandar.

"Kelantan paling rendah dari segi peratusan penduduk yang menerima air terawat," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Peter berkata, Kerajaan Persekutuan ketika ini sedang giat melaksanakan projek bekalan air luar bandar di negeri Kelantan melalui kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Bagi negeri Kelantan, kesungguhan Kerajaan Persekutuan terbukti melalui pelaksanaan projek-projek bekalan air di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) melibatkan pembinaan loji rawatan air serta menaiktaraf loji, tangki air dan sistem pengagihan," katanya.

Dalam pada itu, Peter berkata, secara keseluruhannya, Malaysia merupakan negara paling baik dari segi perkhidmatan bekalan air di kalangan negara-negara membangun di Asia.

"Secara purata, 91.6 peratus penduduk negara ini menerima bekalan air terawat iaitu 96.8 peratus bagi kawasan bandar manakala 86.5 peratus untuk kawasan luar bandar.

"Purata liputan perkhidmatan bekalan air bagi kebanyakan negeri melebihi 90 peratus. Hanya Kelantan, Sabah dan Sarawak yang masih mempunyai liputan bekalan air yang rendah berbanding negeri lain," katanya.

Sumber :
Utusan Malaysia